Pengering Pakaian

Nasuha
5
Sebagai seorang wanita yang bekerja dan punyai anak-anak yang masih kecil, tiada pembantu rumah..saya seringkali menemui masalah pakaian kain baju yang perlu dicuci, dijemur, dilipat dan disusun kembali ke dalam almari.. Selain daripada faktor itu, bagi mereka yang tinggal di apartmen dan tidak memiliki balkoni untuk menjemur pakaian, juga akan menemui masalah yang sama. Lebih-lebih lagi apabila musim hujan, di sinilah pengering pakaian (dryer) berperanan penting.

Alhamdulillah, sejak saya diperkenalkan oleh abang kandung akan kegunaan pengering pakaian ni.. tanpa perlu promote, hubby tersayang hadiahkan saya sebuah pembantu rumah menggantikan maid.. hehehehe..:p So, dapatlah saya miliki sebuah pengering pakaian jenama Elextrolux Flexy Dry 6kg..Harganya just information kepada sesiapa yang sedang survey ialah RM1299.. Syukur Alhamdulillah... hilang terus bebanan saya selama ini.. apapun syukur ke hadrat Illahi, rasanya tak perlu dah memikirkan pasal nak amik MAID..

Sejak dari itu, saya dah lama tak jemur kain baju kecuali untuk cadar, selimut, kain langsir dan kain-kain yang besar saya akan jemur seperti biasa. Sebab kain-kain besar mudah dijemur.

Berikut beberapa tips yang dapat saya kongsikan untuk memilih mesin pengering baju:

1)Perhatikan ruang mencuci, apakah terdapat jendela atau ventilasi untuk mengeluarkan udara panas. Apabila tidak terdapat ventilasi atau jendela, pilihlah mesin pengering (dryer) dengan teknologi yang mempunyai saluran pembuangan udara panas.

2) Langkah selanjutnya adalah memikirkan ruang untuk meletakan mesin cuci dan pengering (dryer) secara berdampingan supaya pergerakan kita lebih mudah. Tetapi jika tak dapat letak berdampingan pun tak menjadi masalah...:D

3) Berikutnya Anda harus memperhatikan dan membeli mesin pengering pakaian yang tidak menggunakan kuasa elektrik yang tinggi.

Ini adalah gambar Mesin Pengering Pakaian yang telah kami beli:


Jika dilihat, dari gambar ini.. jaringan bulat tu adalah tempat pengeluaran haba.. sekiranya rumah kita jenis tertutup, adalah disarankan menggunakan saluran pengeluaran haba(dah include sekali harga RM1299).. tetapi sekiranya rumah ada lubang angin dan tingkap yang mencukupi..rasanya tak perlu guna saluran tu..(macam saya..tak guna pun)

Pandangan saya sejak beberapa bulan menggunakan Mesin Pengering ni, guna hari-hari secara Full.. bil elektrik hanya naik sekitar RM20++ sahaja sebulan. Ermm tak banyakkan? Baju pula selepas dikeluarkan daripada Dryer, wangi jee dan kurang kedutan.. Kerja menjemur dah SKIP.. dan saya gantikan dengan aktiviti cuci halaman rumah..ekekekeke..:p

Nak cerita lagi.. semalam member saya pun tengah survey untuk Mesin Pengering.. kami ke Kedai Elektrik sekitar perlis ni, dan dia berkenan dengan Mesin Elextrolux Sensor Dry 7kg.. Beza Sensor dan Flexy Dry ni ialah.. Mesin Pengering jenis Sensor menggunakan button, dan boleh pilih-pilih Jenis Pakaian.. Haaaa ni gambarnya:
Harganya sekitar RM1599-RM1799...mahal jugakan?

Pesanan: sekiranya anda ada anak-anak kecil, selepas menggunakan Mesin Pengering ni.. perlulah ditutup terus suiz nya.. kerana mesin ni jenis boleh buka depan dan mudah ditekan-tekan.. jenis macam saya pula, mudah dipusing putaran jam nya.. tak pasal-pasal nanti mesin bergerak tanpa pakaian..hehehe... dan dibuatnya tempat bermain sorok-sorok pula lagila menakutkan..

Post a Comment

5Comments

  1. Nk tnya kedai manabeli kat perlis...ada dak yg 10kg

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaf tak reply waktu ni.. sudah beli pengering kain ke? :)

      Delete
  2. nak tanya...selalu ambil berapa lama nak keringkan pakaian kalau penuh 6kg n baru keluar dari automatik washing machine... sebab dah beli tapi ambil masa yg lama utk sepenuhnya kering...2 hours...

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaf tak reply waktu ni.. sudah beli pengering kain ke? :)

      Delete
  3. Wah sis best review sis masa yg patutnya sidai kain n angkat kain ganti dgn cuci laman rmh. Best 👍 suami2 patut setuju dgn idea dryer ni spt suami sis 😃

    ReplyDelete
Post a Comment