Tahun 2011 ini adalah tahun ke-7 aku berkhidmat sebagai orang ICT di Kementerian Malaysia.. namun aku masih rasakan terlalu banyak yang aku masih perlu pelajari dalam bidang ni. Bidang ICT ni terlalu meluas untuk dipelajari. Antara bidang utamanya ialah:
1) Rangkaian
2) Perkakasan Komputer
3) Sistem pejabat
4) Multimedia
5) Laman Web
6) Keselamatan Rangkaian
7) Semua yang melibatkan media sosial
Dulu aku berkhidmat di salah sebuah Kementerian, aku hanya menumpukan satu bidang sahaja, iaitu bidang Sistem. Sejak berpindah ke state.. aku terpaksa mendalami kesemua bidang.. betul la orang kata, duduk state banyak benda yang kita pelajari.. semakinlah luas pengalaman kan?...:) lebih-lebih lagi aku ni dari negeri Che Siti Wan Kembang, bekerja dan menetap pula di Negeri Perlis.. bahasa dan loghat pun tak sama.. tapi orang sini semuanya baik-baik, lemah lembut.. cakap pun bunyi loghat utara yang lembut..:D boleh bayangkan tak? hehehe..
So sesiapa yang dapat jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ni, kenalah study betul-betul kesemua 7 bidang di atas.. kalau ada yang aku tertinggal.. bagilah komen ek..
Post a Comment
0Comments
3/related/default
