SLURP ! RESEPI KUAH LAKSA PENANG VERSI SAHABAT

Nasuha
0

Resepi Laksa Penang ni saya perolehi daripada seorang sahabat saya iaitu Hajar Fendi.. Alhamdulillah terima kasih Hajar share resepi ni... terbaik tau..... 😍 So saya copy paste saja ayat sahabat saya sebagai kenang kenangan..

Laksa Penang

*****Resepi Mak Saya ---- turun temurun****

Untuk kuah

Cili kering
Bawang besar
Lengkuas
Serai
Ikan sardin
Bunga kantan
Belacan
Daun Kesom
Asam keping
Garam
Ajinomoto


Cara- cara

-          Rebus ciling kering, lepas tu kisar cili kering dengan bawang besar dan belacan sampai hancur.
-          Rebus ikan dan kisar jangan sampai halus sangat.
-          Masukkan cili  yang di kisar tadi dlm periuk bersama lengkuas, serai yang diketuk, asam keping dan bunga kantan rebus hingga naik bau.
-          Lepas tu tapis ikan tadi dengan air rebusan ikan...dan masukkan ikan + air rebusan yang ditapis dalam periuk tadi.
-          Rebus sehingga mendidih dan masukkan garam dan ajinomoto.
-          Kalau nak sedap kisar sedikit nenas...masukkan dalam kuah.
-          Masukkan daun kesom.


Laksa

Laksa eka ..rebus hingga lembut


Ulam

Bawang besar
Cili merah dan cili padi
Daun salad / daun selom / daun janggus / ulam raja
Telur rebus
Nenas hancur
Daun pudina

  • Older

    SLURP ! RESEPI KUAH LAKSA PENANG VERSI SAHABAT

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)