Yuhu... Selamat Lahir Fahmi Wafi!

Nasuha
5
Assalamualaikum..

Dah lama rasanya aku tak update blog aku ni... sian aku tengok.. sunyi sepi je kat sini.. huhu.. taktaula ada lagi tak member2 yang sudi masuk blog aku...yerla kan sekejap aku ada..sekejap aku takderk.. bukanlah menghilang.. walhal setiap hari muka ni mengadap internet.. cuma bila di office tak berkesempatan nak jenguk blog.. bila di rumah.. lagii la tak sempat nak mengadap pc.. maklumlah sepanjang pregnant hari tu.. lepas je siap2 kan kerja rumah... terus aku terlena...

Kali ni.. Alhamdulillah.. berjaya jugak aku bersalin di negeri sendiri.. sempatla aku bercuti 5 hari sebelum bersalin.. sonoknya dapat merasa nikmat cuti lama-lama..5 hari pun aku dah rasa lama.. berbanding dengan mengandung anak sulong haritu.. sampai ke hari due pun aku masih bekerja...huhu... so kali ni aku nekad untuk berehat sebelum bersalin.. sebab kali ni.. aku rasa letih sangat-sangat.. kaki tangan muka semuanya dah bengkak-bengkak.. berbeza masa mengandungkan anak sulong aku(widad) dulu.. takder sangat perubahan fizikal.. perut je besar..hehe.. mungkin anak perempuan kot...:-D berat lahir widad dulu pun 3.3kg je...

Alhamdulillah.. aku selamat lahirkan anak kedua aku pada 15 Julai 2008 baru-baru ni..Lelaki dengan beratnya 3.85kg..(Besarnyaa..) Sebenarnya aku bersalin secara 'induce'.. kalau ikutkan mau over due lagi aku bersalinkan Fahmi ni.. Aku induce sebab taknak amik cuti banyak2.. dan yang kedua aku tak suka sangat hubby aku duk drive utara-timur banyak2 kali.. risau gak lah kan.. dan aku tak berapa senang jugak kalau2 aku tengah sakit bersalin, hubby aku tgh drive tergesa2 balik ke kelantan.. Kali ni aku bersalin di Klinik Bersalin Annur, Kubang Kerian.. So, Doktor Hjh. Norroqmah nasihatkan aku supaya bersalin secara Induce sebab katanya sama je dengan sakit bersalin biasa.. Ermm.. pengalaman aku, bersalin Induce di Klinik Annur Kubang Kerian sebenarnya aku rasa sama je macam sakit bersalin sebelum ni, dan lebih cepat bersalin, daripada aku terOver Due lagik sekali cam anak sulong dulu... Tapi sakit bersalin macam2 mana pun.. Allah Taala sahaja yang tahu.. Alhamdulillah Hubby aku teman aku dari aku sakit hinggalah anak aku selamat dilahirkan.... First time la dia tengok aku bersalin.. Widad dulu, tak sempat nak masuk..hehe.. Memang sakit bersalin ni takleh nak dibayangkan.. kalau ingat banyak2 kali, rasa cam taknak bersalin dah.. tapi ibu kan! bila dah lama sikit.. tengok anak membesar, hilang rasa sakit tu, lupa terus... dah terasa nak mengandung pulak... hehe...

"Bersyukur pada Allah S.W.T kerana aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan dan seorang bayi lelaki yang cukup sempurna.. Alhamdulillah.. Moga-moga Ya Allah aku dikurniakan suami yang Soleh dan anak-anak yang Soleh dan Solehah.. Amin.."
Tags

Post a Comment

5Comments

  1. ramai yg kata indius sakit...ida kena indius gak...sakit rasanya tp xtaulah kalu normal rasa cmne kan sbb kena zass

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Sakit memang sakit ida.. tapi cepat la sikit keluar dari tarikh sebenar.. hehe..

    ReplyDelete
  4. salam..nak tny brapa kos yang kena?

    ReplyDelete
  5. Annur mahal. Harga tak setaraf dgn bayaran. Klinik berhabuk dan tak dimaintain.

    ReplyDelete
Post a Comment