Pertama-tama kali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi menjadi tetamu blog saya ini. Saya masih daif dalam dunia Shaklee, walaubagaimanapun saya mempunyai ramai mentor-mentor yang hebat dan berada di bawah seorang Pegawai Pendidikan Kesihatan yang juga akan sama-sama akan membantu anda untuk menerangkan bagaimana penggunaan dan pengambilan Set Kurus Shaklee. Saya juga akan membantu anda bagaimana untuk memastikan cara betul untuk menurunkan berat badan seterusnya untuk mengekalkan berat badan agar sentiasa unggul dan tidak obesiti.
Untuk makluman kawan-kawan, saya juga merupakan seorang insan yang mudah gemuk..:) mempunyai keturunan yang mudah naik berat badan. Ermm betullah kata orang bila dah keturunan berisi tu, memang susah lah nak kurus. Jawapan saya tidak! anda boleh kurus sekiranya pandai menjaga pemakanan anda, pilih makanan yang sihat dan melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
Percaya tak kawan-kawan? sekiranya anda menjaga pemakanan makan mengikut masa yang betul dan makanan mengikut kalori yang betul, anda boleh kurus tanpa bersenam! hrmmm kalau macam tu tak payah bersenam lah ya? hihihi.... tapi kata Kevin Zahari
Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurangkan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda.~kevin zahari.
Pendapat saya, memang benar kata Kevin Zahri, saya boleh kurus tanpa bersenam apabila kita mengikut langkah-langkah pengambilan makanan dengan betul tetapi kita perlu bersenam untuk mengekalkan berat badan unggul dan kekal sihat. Nak sihat dan nak kan berat ideal, kita memerlukan sedikit pengorbanan. Insyaallah sekiranya anda bertekad untuk kurus, anda akan berjaya! berjaya kurus dengan sihat!
Nasuha boleh teka cara diet kawan-kawan yang tak turun-turun seperti dibawah:
1) Skip makan pagi kan? pagi jam 7am.. sebab malas bangun tidur dan fikir nak diet tak mo makan.. (Salah)
2) Skip makan pagi jam 10am? sebab sibuk bekerja waktu itu
3) Skip makan tengahari kan? nak diet tak mo makan (salah) atau tidak sempat makan kemudian makan malam berlebihan? (salah)
4) Skip makan petang? (salah)
5) Skip makan malam? (salah)
6) Tidak minum air kosong sebanyak 2 liter setengah sehari?
7) Tidak cukup pengambilan protein?
8) Tidak Kawal nafsu makan?
9) Makan buah-buahan secara berlebih-lebihan? Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
Betulkan? kalau cara pemakanan anda begitu, memang salah dan anda akan susah untuk kurus!
Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana: 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun. ~ Kevin ZahriMakan 5 kali sehari tetapi dalam kuantiti yang kecil. Cuba kawan-kawan amalkan dan campur dengan gaya hidup yang sihat. Insyaallah kawan-kawan akan berjaya menurunkan berat badan dengan sihat.
Suplemen dan makanan tambahan
Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas. ~ Kevin Zahri
- Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil. ~ Kevin Zahri
- Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang. ~ Kevin Zahri
- Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua. ~ Kevin Zahri
- Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah. ~ Kevin Zahri
- Dapatkan suplemen multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik. ~ Kevin Zahri
[ Slimming Set Shaklee ]
Ramai yang tak tahu sebenarnya Shaklee juga mempunyai set diet yang hebat. Gabungan 3 supplement asas ini, jika diambil secara konsisten memang memberi kesan yang sangat menggembirakan. Walaupun Lecithin sangat terkenal untuk menguruskan badan, namun jika anda betul-betul komited ingin menguruskan badan, silalah ambil tiga produk di bawah ya.. Bagi ibu yang menyusukan anak, sila dapatkan konsultasi dari saya produk mana yang sesuai untuk anda.
Pertama : Detox
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.
Apa yang sesuai untuk detox adalah Herblex atau Alfalfa. Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa, dan Herblax sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Saya tidak syorkan Herblax pada ibu-ibu yang menyusukan anak kerana bimbang jika kesannya akan dapat pada anak.
Untuk detoks, anda boleh pilih Alfalfa atau Herblax.. ikut bajet anda. Usus dicuci sepenuhnya jadi akan elakkan perut buncit, selain berfungsi untuk melancarkan penghadaman..
Kedua : Protein
Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%. Protein juga mengelakkan berlakunya diet yo-yo, sekaligus menghalang semula kenaikkan berat badan dengan mudah.
Untuk protein terbaik, anda boleh memilih samada Cinch Shake atau jika anda ibu yang menyusukan anak, jangan ambil Cinch Shake ni, tapi gantikan dengan Energizing Soy Protein (ESP). (ESP juga membantu mempercepatkan penghasilan susu badan)
Ketiga : Lecithin
Berfungsi untuk memecahkan lemak2. Lecithin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak....dalam perkataan ringkasnya,ia menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah...dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.
Gabungan ketiga-tiga produk ini sangatlah berkesan dan saya percaya anda mampu mencapai berat badan yang anda inginkan, dengan syarat.. anda mestilah menjaga pemakanan.. Biar beribu harga produk atau slimming centre yang anda pergi, kalau makan tak control tak guna sebenarnya.. Kedua, mestilah minum air banyak sepanjang proses diet dijalankan, 2-3L sehari. Dan ketiga, konsisten ambil suplemen nie..InsyaAllah kesannya memang SUPERB!
Berminat mencuba produk ini? Hubungi saya sekarang untuk konsultasi percuma dan diskaun hebat hanya di Kimsuyi Shaklee House @ 013-5245005
credit for: Nor Hazizah

