Masalah Anai-Anai Dan Cara Mudah Hapus Anai Yang Menyerang Rumah

Nasuha
0
Bismillah. Hai su di sini.

Nak cerita rumah su diserang anai-anai. Habis satu almari dapur boleh alih belakang rumah su dan anai-anai tu merebak masuk ke ruangan dapur hampir merosakkan kabinet dapur.
Nasibbaiklah rumah su dinding batu.. dan segala kerangka tingkap sekarang diperbuat daripada besi.. kalau tidak makin cepatlah anai-anai merebak.
Macamanapun, selama kegiatan anai-anai, kami silap kerana menggunakan semburan aerosol. Oh tidak..sebenarnya tindakan kami tu adalah salah. Jangan gunakan semburan aerosol kerana ianya akan mengganggu aktiviti anai-anai dan akan lebih cepat anai-anai merebak ke tempat lain. 


Kesilapan kami yang dapat dikesan ialah:

1) semburan aerosol kepada anai-anai
2) tidak bertindak diperingkat permulaan
3) tidak berkemahiran hapus anai2 cara betul 

Hrmmm jom kenali anai-anai 😁😁😁

Kalau semut main redah je lalu lalang kat dinding dan lantai rumah, tapi anai-anai ni dia buat terowong laluan yang khas.
Awas jika ada kehadiran kelkatu dalam rumah yang sudah tertutup, menandakan rumah anda sudah ada sarang anai-anai.

Su mula bertindak menghubungi seorang brother yang terlatih menjalankan Service Pest Control Exterminex di kawasan Utara. No telefon nya ialah: 019-5102482 (ops teriklan pulak 😊) sebabnya servisnya Alhamdulillah tip-top !


Disebabkan kami membiarkan anai-anai membiak sehingga 3 penjuru, kos upah pest control exterminex ialah RM1500!!! itupun setelah diskaun.. 

So nasihat su, kepada kawan-kawan yang tak mahu kehabisan bayaran harga kos yang tinggi ialah:

1) lakukan pest control dengan pihak terlatih seawal mungkin, kalau rumah sendiri, masa mula-mula beli dan masuk.
2) terus bertindak semasa serangan diperingkat permulaan, bayangkan kalau hanya 1 penjuru/lokasi anai-anai serang, anda jimat hampir rm1000. (Itupun harga diskaun untuk saya ya) 👍
3) Jangan anggap serangan anai-anai ni perkara yang remeh. 😭

Kami mula bertindak pada 4 Ogos 2018. Selesai membasmi anai-anai dirumah kami pada lebih kurang 27 September 2018. Pembasmian dibuat secara berperingkat. Alhamdulillah semoga rumah kami bebas daripada haiwan perosak ini. Doakan ya.
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)